Reading
so arini dah 24thn satu hari
semalam plan konon2 nk bersiap beriya la kan.. plan bagai lah ni nak siap sume baju sume
pastu bangun2 kul 8 berangan nak buat kek birthday kan.
ok so buatla kek birthday.
ujung2 x siap.
wahahahaha
sebab tghari dh nak kelua g city + lunch ngan kuhaz n mandy n bee! yeay!
pastu tinggalla kek ku dirumah x siap lg muhuhahahaha
dah la cmtu. dah kelua x sempat nak melawa2 ujung2 x mekap , pastu pakai dress biru tp cardigan kaler merah. [sbb x jumpe cardigan putih,rupe2nye tgh basuh] huhuhu
xpe, x penting.
pastu kelua gi city yeay!
jalan2 yeay!
beli topi yeay! [untuk pengembaraan]
pastu bee pon smpi geelong yeay!
pastu gi panache yeay!
dibelanja rakan2 yeay! :P
lama gak lepak panache. sampai malam gakla. sampai ade perasaan org panache tu mcm nak halau kitorg pn ade. wuhuhuhahahaha. best3!
dah lama x hangout 4 org begitu. so best la smalam. hehe dgn perbincangan2 *ehem* ahaha dan sebagainya huhuhu
o pastu sumeorg pakai warna tema! yeay! [biru]
pastu kuhaz buat macarons!! yeay!! [walaupon agak kecewa kek angan2 x siap lg, klu x bole bawak skali , xpayah membeli kek di panache itew..hahahaha]
TQ semua sbb meluangkan masa berhangout bersama diharijadiku harijadimu jua. eh?
dh 24 siot!!
huhuhahahaha
x rase pon mcm 24. 24 patut rasa cmne eh?
hmm x kesah la
pastu pulang ke rumah bersama2 rakan2 lalu terus tido sbb perut penuh. ohok ohok.
maka xdela menyiapkan kek yang tergendala itew..
maka pada keesokan harinye [hari ini- 24 thn satu hari] saye pon bercita2 nak menyiapkan kek itew.
oye nama kek ni opera cake. [ditemui hasil perbincangan dgn kuhaz.sbb x tau nak buat kek ape]
die leceh sbb byk bende nak buat.. ini adalah langkah2. kat website lain plak.. huhu
maka pada pagi ini saya bercita2 untuk bangun kul 8 utk menyiapkan kek itew.
tetapi memandangkan ujan turun lebat pagi tadi saya telah melanjut kan peniduran sehingga hujan tidak berapa lebat. iaitu pada lebih kurang 9.45 pagi. wuhuhuahahaha.
maka menggelabah [xdela sgt] la saya membuat kek itew. kerana pada pukul 1230 saya hendak ke kedai membeli ayam bersama2 amanda mandy .
maka berusahalah saya membuat krim untuk kek tersebut. tetapi tidak kerim2 juga. tekstur nya berkasar2 [hancus bm] dan tidak berkrim. [sedih2 btul bm aku] maka setelah sekian lama memukul [dngn mesin] tetapi krim tidak juga kembang2 dan kekal bertekstur kasar, saya putus asa. lantak ko la krim. nak kene gi beli ayam ni.
maka saya pun meninggalkan encik krim..
dan pergi ke kedai membeli ayam dan barang2 lain untuk pengembaraan esok hari. oh lepas itu mandy belanja boost juice yeay! hehe :P
selepas pulang dari membeli ayam, saya dan bee pergi ke anz cawangan geelong barat untuk mem-verify kepelajaran kami [apebende ni???] dalam erti kata lain, mengesahkan status kami sebagai pelajar untuk mendapatkan pengecualian yuran perkhidmatan bank. [ha paham x paham x?]
dan kemudian ke woolworth membeli mentol dan barang2 lain [x abis2 membeli barang]
kemudian pulang dan melihat encik kerim.
*kecewa*
encik kerim, kenapa kau x nak jadi????
maka setelah di pikir2, saya rasa encik kerim x jadi sebab encik mentega terlalu sejuk ketika saya memukulnya dengan menggunakan mesin pembancuh [yela tu, padahal tadi ko google frasa berikut.. "why my buttercream wasn't smooth" kan? lalu menjumpai website ini]
[bunyi brutal abis] dalam ertikata bahasa inggerisnya, when i beat the butter using the mixer.
maka dengan itu saya cuba2 juga untuk melembutkan encik kerim tetapi gagal. lalu saya mengambil sikap tidak peduli dan meneruskan langkah seterusnya.
iaitu membuat ganache coklat.
dan bla3. akhirnya dengan kerim mentega yang tidak berapa nak jadi, saya teruskan dan lalu pada pukul 9 malam.[tekun abis buat kek dr 6 ptg sampai malam] *tiba2 oh oh apa bau hangus ini??? oh !!! MEAT PIE KU DIDALAM OVEN AAAAARRRRRRRRGHHHHHHHHH!!!!!!!!*
**********************************************************************
ok kembali. meat pie agak hangus di bahagian tepi2 tetapi saya makan juga kerana lapar.
ok dimana saya tadi? oh ya. dipendekkan cerita [sbb dh x de mood nk tulis diganggu meat pie hangus] akhirnya kek saya siap. eh ? dah bagitau ek tadi?
maka nikmatila gambar2 nya. tetapi saya tidak begitu menggemari kerana terlampau banyak coklat. saya bukanlah penggemar coklat sgt. maka begitulah. huhu
bee sedang menonton perlawanan bola piala dunia korea selatan melawan argentina. marilah argentina menang. walaupon park ji sung dari man utd mewakili korea selatan, tetapi argentina, bunyi mcm terer je? huhu
apsal bunyi mcm lalat tu? perlawanan bola ke perlawanan lalat? huhuhu
esok nak pegi mengembara pula. mari!
oyeah btw, i chose to bake my cake my self. kinda like my birthday mission :P
berikut adalah gambar2 masakan rumah sepanjang 3 hari ini huhu
kek 3 dh siap potong
bye